Ketahui apa PMX akan ucap di Switzerland malam ini

Bakal menyampaikan ucaptama pada jam 9 malam ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual beraksi bersempena Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.

Dalam Sesi Awam Peringkat Tinggi: Pleno ASEAN itu, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama bertajuk ASEAN-Even Stronger Together.

Orang ramai boleh mengikuti siaran secara langsung menerusi Facebook Bernama dan RTM serta siaran Astro Awani.

“Insya-Allah, saya akan mengupas keutamaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, serta peranan penting ASEAN dalam membentuk landskap ekonomi global,” menurut hantaran Perdana Menteri di media sosial.

Beliau yang juga Menteri Kewangan pada masa ini sedang dalam lawatan kerja tiga hari menghadiri WEF 2025, yang merupakan penyertaan sulung beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

BACA JUGA Ebit Lew menang saman, wanita Indonesia diperintah bayar RM20,000