Kontroversi KK Mart UM disimbah cat merah, tiga individu dirakam percakapan

Polis mengesahkan sudah pun merakam percakapan tiga individu berkaitan insiden simbah cat di kedai serbaneka KK Mart cawangan Universiti Malaya (UM).

Insiden berkenaan berlaku ketika cawangan itu terpalit kontroversi sandwich ham.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan pelaku.

“Siasatan dijalankan secara menyeluruh dari semua sudut termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan pemantauan rakaman CCTV dua individu menunggang motosikal disyaki terbabit membaling cat berkenaan tengah malam semalam.

Difahamkan, pihak polis sudah mengambil rakaman CCTV itu bagi menjalankan siasatan lanjut.

BACA JUGA Dr Dzulkefly jamin buat penstrukturan semula kurangkan bebanan kerja doktor

Â