Malaysia kekal tangga teratas dalam Petunjuk Pembangunan Kewangan Islam Terbaik Dunia (IFDI)
Malaysia mengekalkan kedudukan ranking teratas dalam senarai kewangan Islam terbaik dunia, menurut skor Petunjuk Pembangunan Kewangan Islamik (IFDI).
Malaysia berada di tempat teratas dengan 144 mata berbanding Arab Saudi dengan 119 mata dan Emiriyah Arab Bersatu (88).
Kedudukannya kekal berbanding ranking tahun-tahun lalu.
Satu-satunya negara ASEAN yang turut berada dalam senarai 10 teratas ialah Indonesia yang menduduki tempat keempat dengan 85 mata.
Laporan IFDI mengenalpasti enam trend mega yang menjadi kerangka laporannya iaitu:
- prestasi makroekonomi yang tidak menentu
- perkongsian platform ekonomi
- ekonomi hijau
- pembandaran
- rangkaian bekalan global
- masa depan kerja
Sukuk Malaysia turut diberi perhatian sewajarnya di bawah trend ekonomi hijau. Ini kerana nilai sukuk sosio ejobomi Malaysia adalah terbesar di dunia bernilai AS$11.6 billion.
Laporan tersebut turut menunjukkan Malaysia menduduki tempat kedua Indeks Kesediaan Kepintaran Buatan (AI) Kerajaan dalam kalangan negara OIC.
Malaysia memperoleh 65.6 mata berbanding Indonesia yang menduduki tempat kelima dengan 56.9 mata.
BACA JUGA: Henti hasut benci kerajaan Madani, ini fakta wajib tahu tentang nyanyian Negaraku