Henti hasut benci kerajaan Madani, ini fakta wajib tahu tentang nyanyian Negaraku

Pembangkang dilihat mengambil kesempatan susulan tular rakaman video nyanyian lagu kebangsaan China di Universiti Malaya (UM).

Peluang menghasut digunakan penyokong Pas yang ‘mesra’ digelar walaun untuk mengheret nama kerajaan Madani termasuk mengejek sebagai ‘kerajaan ketimbang’ selain mendakwa kononnya negara sudah dijual.

UM menerusi kenyataan malam tadi sudah memaklumkan bahawa acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan ‘Spring Festival Gala 2025’ itu adalah anjuran Kedutaan Besar Negara China serta dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara republik tersebut.

Pentadbiran UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 apabila penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan China.

Berdasarkan Seksyen 6 Akta Lagu Kebangsaan 1968, peraturan memainkan Lagu Kebangsaan dalam peristiwa khas telah digariskan untuk dipatuhi.

“Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan perwakilan asing itu atau peristiwa kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara perwakilan asing itu dimainkan,” menurut akta itu.

Sehubungan itu, tidak timbul persoalan mengapa lagu Negaraku tidak didahulukan jika merujuk kepada undang-undang Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang disemak pada 2018.

Antara deretan komentar di Facebook dan Tik Tok yang tidak memahami Akta Lagu Kebangsaan 1968.

BACA JUGA Kontroversi lagu China: UM dah minta penganjur turut mainkan lagu Negaraku

Â