Negara ASEAN tumpu kerjasama ekonomi, pertingkat dagangan sesama anggota
Pada dialog khas bersemuka ”A Conversation with Anwar Ibrahim” malam ini, Perdana Menteri menegaskan negara-negara anggota ASEAN sedanf memfokuskan kerjasama ekonomi untuk meningkatkan perdagangan sesama anggota.
Lapor Bernama, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya asas ekonomi dari segi perdagangan dan pelaburan adalah penting, termasuk bagaimana cara blok 10 anggota itu berunding dengan negara lain di rantau ini.
“Kami menyedari bahawa kami perlu meningkatkan perdagangan sesama ASEAN dan berusaha untuk melengkapkan kelebihan daya saing antara satu sama lain,” kata Anwar.
“Kami lebih mementingkan kepada kerjasama ekonomi, daripada pemahaman dan perbualan saya bersama pemimpin ASEAN lain dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei, kepentingan utama kami adalah untuk menumpu kepada asas ekonomi,” kata beliau lagi seperti dilapor.
BACA JUGA Rafizi sekolahkan Adun Kedah, projek KHTP tergendala bukan sebab kerajaan