Patutlah Ebit Lew boleh menang saman RM20k, Caprice pula buka cerita

Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah untuk membayar ganti rugi RM20,000 kepada pendakwah terkenal Ebit Lew kerana memfitnahnya.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam berdasarkan perkongsian Ebit di Facebook tadi.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menzahirkan rasa syukur kerana kemenangan berpihak kepadanya.

Pendakwah itu berkata, saman yang difailkan terhadap Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada Mei 2025 ini.

Bagaimanapun dalam satu perkongsian di Instagram Story Caprice, penyanyi rap itu memberitahu bahawa kemenangan Ebit adalah disebabkan ketidakhadiran Mondy beberapa kali ke mahkamah.

Ini menyebabkan pihak yang memfailkan saman akan dengan sendirinya memenangi kes tersebut.

“Orang tu tak hadir, automatik menang bro”.

Caprice berkata demikian sebagai membalas kepada komentar seorang pengguna media sosial berkenaan kemenangan Ebit.

Terdahulu berdasarkan dokumen dikongsikan Ebit Di Facebook, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 serta faedah sebanyak lima peratus setahun bermula dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.

Mondy sebelum ini membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.

BACA JUGA Ebit Lew menang saman, wanita Indonesia diperintah bayar RM20,000

Â