Pengecualian tol sempena cuti perayaan akan dibincangkan semula
Pengecualian tol sempena musim perayaan akan dibincangkan semula oleh Jemaah Menteri pada hari Jumaat ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesyuarat tersebut akan dibuat seusai ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu ini dibangkitkan susulan pengumuman Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi bahawa pengecualian tol tidak akan dilaksanakan sempena cuti Tahun Baru Cina.
Pengumuman tersebut adalah susulan dari mesyuarat Jemaah Menteri terdahulu untuk menamatkan pengecualian tol pada tahun 2025.
BACA JUGA: Singa takkan bertengkar dengan lalat, Akmal
Â