Seni berpolitik, apa perlu kita tahu?
Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Politik bukannya seni pertembungan tetapi seni perundingan dan diplomasi.
Seorang pemimpin yang bijak berpandangan jauh mencari titik untuk bersatu dengan pihak lawan yang berbeza kerana pada kesatuan itu terserlah maslahah buat rakyat.
Malah, dalam Islam kesatuan itulah asas kepada hubungan sesama insan kerana semuanya berayah dan beribukan Adam dan Hawa.
Raja-raja Melayu mempunyai seni perundingan sehingga Inggeris yang mempunyai kekuatan ketenteraan melebihi mereka hanya mampu berunding menerusi perjanjian untuk mencampuri urusan pentadbiran Negeri-negeri Melayu yang sekaligus mengiktiraf kedaulatan Raja-raja Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.
Kesannya, kedaulatan Raja-raja Melayu kekal sehingga kini di bumi Malaysia.
Malaysia mungkin berbeza banyak pendirian politik dengan Amerika Syarikat, Rusia dan China.
Namun, ada titik diplomasi yang memerlukan kebijaksanaan pemimpin bagi memastikan negara dan rakyat sentiasa beroleh kemakmuran.
Berunding bukan ertinya tunduk dan mengalah tetapi ia kebijaksanaan mempertahankan izzah keagungan dan kedaulatan.
*DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI merupakan Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri.
BACA JUGA Ketahui apa PMX akan ucap di Switzerland malam ini
Â