PM perjelas kenapa akan buat pendekatan bersasar untuk tol percuma
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil bersuara ekoran isu pemberian tol percuma pada musim perayaan yang kemungkinan tidak akan diteruskan lagi.
Beliau dalam sidang media berkata, isu ini sedang diteliti oleh kerajaan supaya pendekatan lebih bersasar kepada rakyat di peringkat bawah dapat dilaksanakan.
Menurutnya, langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.
“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.
“Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.
“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, hari ini.
BACA JUGA Isu sarkastik ‘Ham Sap Kopi’: Ini penegasan Jakim
Â