Buku ‘Becoming Hannah’: Polis masih tunggu arahan AGC

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya masih lagi menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan seterusnya berhubung siasatan buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, beliau telah merujuk kertas siasatan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada AGC pada 10 Januari lalu.

Dalam sidang medianya hari ini, Rusdi memberitahu setakat ini sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu terbabit telah dibuat.

Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas enkuiri polis (KEP).

Disember lalu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Beliau berkata, penyebaran video dan mesej berniat jahat itu dikhuatiri boleh menjejaskan rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

BACA JUGA Mahiaddin selesai bayar saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng

Â