Mahiaddin selesai bayar saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng
Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin selesai membayar saman fitnah berjumlah RM1.4 juta kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng berhubung isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
Mahiaddin turut mendepositkan kos sebanyak RM50,000 ke dalam akaun firma guaman mewakili Guan Eng iaitu Guok Ngek Seong.
Guok berkata pemindahan pertama sebanyak RM400,000 telah dibuat pada Disember lalu. Manakala baki RM1 juta telah dimasukkan semalam sebelum tarikh akhir 27 Januari.
Pada 8 November 2024, Mahkamah Tinggi memerintahkan Mahiaddin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Guan Eng dan kos RM50,000 selepas memutuskan bekas perdana menteri itu telah memfitnah Pengerusi DAP itu dalam hantaran di Facebook pada Mac 2023.
Hantaran itu mendakwa Guan Eng menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan status pengecualian cukai terhadap yayasan Albukhary dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan, selain mendakwa beliau mengenakan cukai ke atas yayasan itu dan penalti 45% ke atas cukai dibayar untuk tahun-tahun sebelumnya.
Mahiaddin juga didapati memfitnah Guan Eng apabila mendakwa arahan pembatalan mesti berasal daripada Lim memandangkan LHDN di bawah bidang kuasanya.
BACA JUGA Adun kerajaan minta jangan sekat Himpunan Rakyat Benci Rasuah
Â