Fahmi Reza sindir Pas tak tahu malu turun Himpunan Rakyat Benci Rasuah

Aktivis seni grafik, Fahmi Reza membalas sinis kenyataan Pemuda Pas yang akan turut serta ke perhimpunan Rakyat Benci Rasuah anjuran sekumpulan mahasiswa esok.

Fahmi berkata, rakyat tidak pernah lupa bahawa semasa Pas menjadi kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), gabungan itulah yang melepas dan membebaskan Tan Sri Musa Aman yang dipanggilnya “koruptor nombor 1 Sabah”.

“Pemuda Pas fikir rakyat Sabah lupa, semasa mereka jadi kerajaan bersama PN, merekalah yang lepaskan dan bebaskan “Koruptor No. 1 Sabah” Musa Aman daripada kesemua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan kontrak konsesi balak di Sabah, termasuk tuduhan terima suapan rasuah US$50.1 juta (RM222 juta).

“Pihak kerajaan sendiri (waktu itu PN) yang tarik balik semua tuduhan rasuah terhadap Musa Aman.

“Dah bebaskan perasuah, lepas tu tak malu nak turun Himpunan Rakyat Benci Rasuah,” sindirnya di Facebook.

Sejak Pas dan Bersatu menyatakan pendirian untuk turut serta mengikuti himpunan ini, banyak kritikan dilemparkan termasuklah amaran dari Sekretarian Himpunan Rakyat Benci Rasuah.

Sekretariat itu memberi amaran agar logo parti tidak dibawa ke dalam himpunan tersebut selain menegaskan ia adalah himpunan milik rakyat dan bukan kepunyaan parti politik untuk ditunggang.

Mereka juga menyenaraikan beberapa hal yang menunjukkan Pas hipokrit terhadap isu anti rasuah.

Pertama, pada 6 Januari lalu, pemimpin utama Pas iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Naib Presiden) dan Siti Mastura Muhammad (Ahli Parlimen Kepala Batas) telah berhimpun untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perbicaraan kes Titah Adendum.

“Solidariti itu bertujuan untuk menzahirkan rasa simpati dan menyokong bekas Perdana Menteri berkenaan yang telah terpalit isu rasuah membabitkan berbilion wang rakyat kerana kononnya beliau adalah mangsa kezaliman,” kata sekretariat itu di X.

Faktor kedua menunjukkan Pas hipokrit adalah susulan bekas wakil rakyatnya, Che Alias Hamid, didapati bersalah oleh mahkamah kerana memberi sogokan untuk membeli undi dalam bentuk bantuan seperti i-Belia dan i-Siswa semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

BACA JUGA Berapa jumlah terkini dana 1MDB berjaya dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia?

Â