Tiga usul akan dibahas AWAN dalam konvensyen AMANAH
Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) akan membahaskan tiga usul di dalam Konvensyen AWAN Nasional 2024 sekarang.
Tiga usul tersebut adalah seperti berikut:
- Usul agar kerajaan memperkenalkan subsidi khusus untuk pengusaha tadika dan taska berikutan kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,700.00;
- Menggesa kerajaan Malaysia meminda Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak diadakan Pilihanraya Kecil (PRK) disebabkan oleh kekosongan luar jangka kematian;
- Mewujudkan rang undang-undang untuk mengawal pesalah laku seks daripada terlibat dengan pekerjaan dan aktiviti yang melibatkan golongan rentan.
Ia merupakan sebahagian daripada 13 usul yang telah diterima sebelum saringan dan akan dibahaskan di dalam konvesyen AMANAH yang sedang berlangsung di Klang.
BACA JUGA: Mahiaddin selesai bayar saman fitnah RM1.4 juta kepada Guan Eng
Â