WBB dibatalkan oleh Jemaah Menteri, kajian menyeluruh akan dibuat
Pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk kakitangan hospital awam telah dibatalkan oleh Jemaah Menteri.
Jemaah Menteri juga mahukan satu kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh dijalankan berhubung perkara ini, umum Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.
“Sehubungan itu, KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang akan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Abu Bakar Suleiman.
“Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu kerja,” tambah beliau dalam satu kenyataan.
Pengenalan sistem WBB telah menerima banyak tentangan dari pelbagai pihak.
BACA JUGA: Apa status Waktu Bekerja Berlainan? Ini penjelasan Dr Dzulkefly