AMANAH akan dukung hikmah, sederhana dan terbuka, kata Mohamad Sabu
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu sekali lagi menegaskan parti itu akan terus memegang prinsip kesederhanaan atau ‘wasatiyyah’ di samping menolak politik ekstrem dan ghulur.
“AMANAH menolak sebarang bentuk ekstremisma samada dalam bentuk identiti kaum dan agama,” kata Mohamad ketika memberikan Pidato Presiden sempena Konvensyen AMANAH 2025 di Klang hari ini.
Bagi Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, prinsip Islam menegaskan keadilan, keseimbangan dan menjauhi sikap melampau dalam semua aspek kehidupan, termasuk akidah, ibadah dan muamalah.
“Islam yang yang diturunkan sebagai Rahmat Untuk Semua menekankan sifat rahmah, adil, kasih sayang dan toleransi,” kata beliau.
Prinsip Kesederhanaan atau “Wasatiyyah” ini, katanya, berakar kuat dalam AlQuran dan Sunnah.
Al-Quran menggambarkan umat Islam sebagai “Ummatan Wasatan” (umat yang seimbang) seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah (2:143):
Katanya, prinsip Wasatiyyah dan kesederhanaan menolak ekstremisme, sama ada dalam kepercayaan, perilaku, atau pemerintahan. Islam melarang sikap terlalu ketat (ghuluw) atau terlalu longgar, kerana kedua-duanya membawa ketidakseimbangan dan kemudaratan kepada masyarakat.
Katanya, wasatiyyah dan kesederhanaan sama-sama menolak ekstremisme, sama ada dalam kepercayaan, perilaku, atau pemerintahan. Islam melarang sikap terlalu ketat (ghuluw) atau terlalu longgar, kerana kedua-duanya membawa ketidakseimbangan dan kemudaratan kepada masyarakat.
Begitu juga, centrist politik menghindari ekstrem seperti autoritarianisme atau anarki, dengan mencari dasar yang memastikan kestabilan dan keadilan.
Konvensyen AMANAH tahun ini tidak mengadakan sebarang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung tiga tahun sekali.
BACA JUGA AMANAH sebahagian kekuatan Kerajaan Peraduan