Amaran hujan lebat ‘bertompok’ hampir di semua negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan seluruh negara kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

METMalaysia menerusi kenyataan dikeluarkan am 3.50 petang tadi memaklumkan, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut METMalaysia.

Kawasan terlibat adalah:

Kedah – Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu

Pulau Pinang

Perak – Hulu Perak, Kampar, Batang Padang dan Muallim

Kelantan – Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai

Terengganu – Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman

Pahang – Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan

Selangor – Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Negeri Sembilan – Port Dickson dan Rembau

Melaka

Johor – Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru

Sarawak – Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri dan Limbang

Sabah – Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan)

BACA JUGA AMANAH terima usul pindaan akta bagi lantik Ahli Majlis Kuala Lumpur

Â