Minyak tengah laut ‘claim’ negeri punya, pantai rosak tolak kepada kerajaan Persekutuan

Tular kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa isu hakisan pantai adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Walhal, pemimpin negeri berkenaan sebelum ini lantang menuntut bayaran tunai hasil petroleum kepada kerajaan Terengganu walaupun minyak yang diperoleh adalah di luar perairan negeri iaitu melebihi tiga batu nautika yang diukur daripada garis air surut pantai wilayah selaras dengan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).

Rata-rata mengkritik sikap pemimpin Pas yang seolah-olah lepas tangan ketika kerajaan Persekutuan telah menyalurkan wang ehsan sebanyak RM958 juta untuk negeri Terengganu pada 2023 sehingga Julai 2024.

“Minyak yang beratus batu nautika tengah laut kamu claim negeri punya. Masa pantai rosak sebab hakisan kamu tolak ke Persekutuan suruh bertanggungjawab. Eh, senanglah hidup walaun tuding jari ke orang lain je,” kecam pemilik akaun Facebook, Ustaz Al-Asri.

Ahmad Samsuri Mokhtar

Menurut satu kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF) tahun lalu, hasil wang Ehsan yang diberi kepada Terengganu itu bagi tujuan pelaksanaan projek dan program untuk manfaat rakyat negeri terbabit.

Bagi langkah untuk menangani hakisan pantai di Terengganu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mempunyai peranan tertentu bergantung kepada skop tugas dan bidang kuasa masing-masing.

Di pihak Kerajaan Persekutuan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bertanggungjawab menggubal dasar nasional mengenai alam sekitar dan perubahan iklim, termasuk pengurusan pantai.

NRECC juga berperanan menyediakan dana bagi projek mitigasi hakisan pantai melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia.

Selain itu, agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) digerakkan untuk melaksanakan projek kawalan hakisan pantai, contohnya pembinaan benteng pemecah ombak, tambak pantai, dan pemulihan semula pantai.

Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu pula melalui perancangan dan pelaksanaan tempatan perlu menentukan zon pembangunan yang sesuai di kawasan pantai untuk mengelakkan impak hakisan.

Difahamkan juga, kerajaan negeri Terengganu perlu mengawal aktiviti seperti pembangunan pesisir pantai melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam masa sama, kerajaan negeri bertanggungjawab melaksanakan projek-projek mitigasi berskala kecil di bawah kelolaan kerajaan negeri dengan bantuan kewangan Persekutuan atau dana negeri.

Malah, kerajaan negeri perlu aktif memelihara dan memulihara alam sekitar termasuk menanam semula pokok bakau dan tumbuhan pantai untuk mengurangkan hakisan dengan penglibatan komuniti setempat dalam usaha konservasi pantai.

BACA JUGA AMANAH terima usul pindaan akta bagi lantik Ahli Majlis Kuala Lumpur

Â