Covid-19 berkemungkinan besar bocor dari makmal di China
Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang berpengkalan di AS menyimpulkan bahawa virus Covid-19 “berkemungkinan besar” bocor dari sebuah makmal di China dan bukannya tersebar secara semula jadi melalui haiwan.
Jurucakap CIA memetik kata-kata pengarahnya, John Ratcliffe bahawa berdasarkan akal yang sihat, Ratcliffe percaya asal-usul Covid-19 bocor dari dari Institut Virologi Wuhan.
Pun begitu agensi itu sehingga kini masih meneliti punca penularan Covid-19 dan percaya bahawa kedua-dua kemungkinan virus bocor dari makmal dan kemungkinan ia berlaku secara semula jadi masih boleh diterima (berdasarkan bukti yang ada).
Beberapa agensi Amerika, seperti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Tenaga, menyokong teori kebocoran makmal, sekalipun tahap keyakinan mereka berbeza.
Kebanyakan agensi perisikan atau penganalisis bagaimanapun cenderung mempercayai virus Covid-19 berasal dari sumber semula jadi.
Mereka yang percaya kebocoran makmal adalah punca Covid-19 menekankan bahawa kes pertama dikesan di Wuhan, China.
Lebih tepat lagi, kes tersebut dilaporkan di sebuah hab penyelidikan virus korona yang terletak kira-kira 1,600 kilometer dari populasi kelawar yang membawa virus serupa dengan SARS.
Namun pada 2020,Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), menolak sepenuhnya dakwaan bahawa virus itu kononnya merupakan hasil buatan makmal.
BACA JUGA Berbeza pandangan itu lumrah tapi jangan sampai jadi punca berpecah
Â