PMX tolong naikkan harga lantai RM1,800…
“PMX tolong naikkan harga lantai RM1,800”. Demikian antara plakad yang dinaikkan para pesawah yang berhimpun di hadapan Wisma Tani pagi tadi.
Mereka yang juga anggota Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysai (PeSAWAH) mendakwa harga lantai penjualan padi pada RM1,300 setan sudah tidak relevan.
Atas sebab itu mereka merayu agar Perdana Menteri membantu menyelesaikan masalah yang menghimpit para pesawah ketika ini.
“Harga lantai penjualan padi yang telah ditetapkan pada 2023 sudah ketinggalan zaman serta tidak relevan dengan keadaan semasa berikutan kenaikan kos diesel dan benih,” kata Pengerusi PeSAWAH dalam sidang medianya.
Sebelum itu, sepuluh wakil PeSAWAH menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri dan diterima oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Chai Ming Kai.
Dalam pada itu wakil Anwar berkata satu perbincangan akan diadakan antara kerajaan dengan PeSAWAH.
BACA JUGA Pemuda AMANAH cadang tubuh tabung pembangunan Gaza di bawah pengurusan ASEAN