Boleh melabur dalam syarikat Arab yang ada hartanah di Mekah dan Madinah
Warga asing boleh melabur di dalam syarikat hartanah Arab yang memiliki harta di Mekah dan Madinah
Keputusan ini diambil untuk memberikan suntikan kepada pelaburan, meningkatkan tarikan pasaran dana dan menguatkan kebersaingan dan menyokong ekonomi tempatan,umum Pihak Berkuasa Pasaran Dana Arab Saudi.
Pelaburan asing tersebut terhad kepada “saham syarikat Arab yang tersenarai dalam pasaran dana Arab, instrumen hutang boleh ubah atau kedua-duanya.”
Pemilikan saham oleh warga asing tidak boleh melebihi 49 peratus, lapor AFP.
Mekah menerima jutaan jemaah haji setiap tahun tetapi sedang dibangunkan dengan projek pembangunan yang mampu menarik 30 juta umat Islam menjelang 2030.
Projek yang dinamakan Masar didanai oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi merancang pembinaan 40,000 bilik hotel baharu.
Musim haji dan umrah tahunan membawa masuk hasil bernilai AS$12 juta pada 2019.
Masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan memasuki Mekah dan Madinah.
BACA JUGA: Rayyan berpaut pada kayu sebelum hilang di hujung longkang
Â