Kerap fitnah macam mana nak perpaduan? Ucapan raya Cina ‘calon PM’ ini hanya kena kecam

Pas yang seperti sudah istiqamah dengan siri fitnah dipersoal apabila calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengaitkan dengan semangat perpaduan dalam ucapan Tahun Baharu Cina.

Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu itu hanya mengundang kecaman susulan kerapnya pemimpin parti tersebut mengeluarkan kenyataan merepek dan berbaur fitnah.

Dalam ucapan sambutan Tahun Baharu Cina, Ahmad Samsuri menyifatkan perayaan itu juga peluang untuk semua pihak mengukuhkan semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian di Terengganu.

Walaupun komposisi kaum Cina di Terengganu hanya kira-kira dua peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri itu, Ahmad Samsuri menganggap negerinya “kaya dengan pelbagai budaya dan tradisi”.

Sehubungan itu, kata Ahli Parlimen Kemaman tersebut, sambutan Tahun Baharu Cina boleh dijadikan ruang untuk saling menghormati dan mempererat hubungan antara satu sama lain.

“Tidak dilupakan, terima kasih diucapkan khusus buat warga Tionghoa.

“Kehadiran kalian sebagai sebahagian daripada keluarga besar kita di sini telah menyumbang kepada kepelbagaian yang sangat bermakna.

“Setiap kejayaan negeri ini adalah hasil usaha bersama seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira latar belakang,” katanya menerusi X petang tadi.

Rata-rata menempelak Ahmad Samsuri termasuk menyifatkan bahawa semangat perpaduan yang ditekankan pemimpin Pas itu hakikatnya ada pada Kerajaan Perpaduan sahaja.

Ramai juga secara sinis menyebutkan nama Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang kini terpalit dengan fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai model perpaduan.

“Perpaduan macam dianjurkan oleh Razman Zakaria. Hidup Pas.

“Perpaduan? Pungpang pungpang sebar api kebencian dan perpecahan kaum, lepas tu sembang perpaduan.

“Semangat perpaduan tu Kerajaan Perpaduan je ada.

“Parti kerap keluarkan fitnah macam mana nak memupuk perpaduan?

“Bila cuti raya Cina je semangat muhibah. Hari biasa jadi walaun.

“OKU kena belasah di pasar tani, OKU punya telefon dicuri. Ini semua bawah kamu. Apa yang harmoninya? kahkahkah,” demikian antara deretan kecaman dan komentar sinis warganet di akaun X milik Ahmad Samsuri.

BACA JUGA Rupanya banyak lagi tuduhan Razman, kali ini Hannah bertegas

Â