Rupanya banyak lagi tuduhan Razman, kali ini Hannah bertegas

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pagi ini bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria susulan dakwaan ‘anak YTL’.

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.

“Nantikan surat daripada peguam saya.

“Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” katanya di platform X sebentar tadi.

Sebelum ini, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut memberitahu pihak peguamnya akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Minggu lepas ‘awak Anak Tuhan’, minggu ini awak ‘Anak YTL'” – peguam saya, Sangeet Kaur Deo ikuti Pas,” katanya ringkas dalam hantaran di media sosial.

Berkenaan tuduhan Razman kononnya beliau ahli keluarga pengasas konglomerat YTL Corporation Bhd, Hannah mengingatkan Pas tentang sistem penamaan dalam masyarakat Cina yang didahului nama keluarga diikuti oleh nama pemberian.

“Pas perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh mempunyai kaitan,” katanya ringkas di platform X.

Respon Hannah itu seterusnya mengundang desakan orang ramai termasuk berharap agar Razman dikenakan tindakan undang-undang kerana memfitnah.

BACA JUGA Tak serik kena saman, Razman dakwa Hannah Yeoh anak pemilik YTL pula