Dr M: Umno itu lalat

Bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyifatkan Umno sebagai lalat.

“Mengikut Nga Kor Ming Umno hanya lalat,” tulis beliau dalam hantaran media social terbarunya.

“Nga Kor Ming adalah singa.

“Sebab takut singa,Umno terima jadi lalat”

Merujuk kepada temuramah yang diberikan oleh Nga kepada media Cina, perumpamaan lalat itu diberikan kepada Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh.

Beliau turut menyatakan kedudukannya sebagai naib presiden DAP tidak boleh disamakan dengan kedudukan Akmal yang merupakan ketua pemuda semata-mata.

BACA JUGA: Singa takkan bertengkar dengan lalat

Â