Mahathir mahu jadikan UMNO lalat, akhirnya dijadikan lalat oleh Bersatu
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi menyatakan bahawa bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya berhasrat mahu menjadikan UMNO lalat.
Malangnya, Mahathir yang menjadi lalat.
Puad turut menjelaskan bahawa UMNO telah pun membuktikan diri sebagai ulat berbisa.
“Tun M merasa risau kerana Nga Kor Ming tuduh UMNO lalat.
“Tun M lupa dia sebenarnya yang mahu UMNO jadi lalat. Dia cuba bunuh UMNO dan diganti oleh Bersatu.
UMNO ular berbisa
“Akhirnya dia dijadikan lalat oleh grup Muhyiddin.
“Dia diterajang daripada parti Bersatu kerana dituduh jadikan Bersatu lalat kepada DAP sehingga kalah teruk PRK Tanjung Piai.
“Tun M terpaksa terbang ke sana ke mari macam lalat mencari tempat baru.
“UMNO tidak terkesan pun didakwa umpama lalat. Umno terbukti ular berbisa di Nenggiri dan Mahkota.
Puad menulis demikian di dalam laman Facebook sebagai respon kepada tuduhan Mahathir yang mendakwa bahawa Umno kini lalat.
BACA JUGA: Dr M: Umno itu lalat
Â