Muhyiddin terpaksa peringatkan, semak fakta sebelum buka mulut

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin terpaksa memberikan peringatan kepada segenap lapisan pemimpin koalisi politiknya agar menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Tiada perkara seperti arahan larangan bersuara, tetapi saya mengharapkan ahli Perikatan memastikan bahawa apabila mereka bercakap, mereka menyemak fakta terlebih dahulu dan (kenyataan itu) tidak sepatutnya menimbulkan masalah yang tidak perlu.

“Saya tidak memihak kepada sesiapa. Tambahan pula, dalam musim Tahun Baharu Cina ini, kita perlu menekankan perpaduan nasional dan pemahaman yang lebih baik antara kaum di Malaysia,” kata Muhyiddin kepada wartawan ketika sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Kuala Lumpur.

Sehari dua ini ucapan Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria tular kerana beliau mengaitkan Menteri Belia dan Sukan dengan pengasas Kumpulan YTL.

Yeoh telah mengarahkan pasukan peguam menghantar surat tuntutan fitnah.

Razman turut membuat fitnah berkenaan penubuhan kerajaan perpaduan di Perak yang ditegur oleh timbalan presiden AMANAH Senator Mujahid Yusof hari ini.

Beliau mengulas perkara tersebut sebagai pengerusi Pakatan Harapan Perak.

Razman dan Pas bukannya orang baru dalam membuat kenyataan fitnah dan tidak berfakta.

Sebelum ini Razman pernah memfitnah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbuatan fitnah ini turut diamalkan pimpinan Pas lain.

Ketua Penerangan Dewan Pas Pulau Pinang Siti Mastura Muhammad telah membayar saman fitnah sebanyak RM830,000 kepada pimpinan DAP – Lim Guan Eng, Teresa Kok dan veteran parti Lim Kit Siang.

BACA JUGA: Mujahid sangkal fitnah Razman terhadap kerajaan Perak