Mujahid sangkal fitnah Razman terhadap kerajaan Perak

Pengerusi Pakatan Harapan Perak Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyangkal fitnah yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria terhadap penubuhan kerajaan perpaduan Perak.

“Kerajaan Perpaduan direstui Paduka Tuanku Perak setelah saya dan Saarani menandatangani perjanjian, petangnya upacara angkat sumpah MB berlangsung manakala esoknya angkat sumpah exco yang telah dipersetujui kedua belah pihak.

“Perjanjian ini tidak ada kena mengena dengan memberi ruang kepada “bangsa DAP” tetapi perjanjian berprinsip dan berpandukan semangat perlembagaan negara.

Beliau berkata demikian sebagai membalas kepada fitnah yang dilemparkan oleh Razman merangkap Ketua Pembangkang Perak.

Razman telah mendakwa bahawa kerajaan perpaduan Perak dikuasai “bangsa DAP” dan membuat keputusan yang merugikan Islam dan Melayu.

Razman turut mendakwa bahawa kerajaan Perak telah merelakan penjualan arak terbuka.

Mujahid menjelaskan pembahagian kerusi exco juga bukan berdasarkan perkauman seperti yang digambarkan oleh Razman.

“Soal pembahagian kuasa tertakluk pada persetujuan yang saya selaku Pengerusi PH menandatanganinya bersama YAB Muhammad Saarani selaku Pengerusi BN.

“Antara lainnya ialah MB dan Speaker dari UMNO manakala pembahagian exco mengikut format yang dipersetujui berpandukan kerusi yang dimenangi.

“Akhirnya DAP mendapat 4, PKR 2 dan AMANAH 1 manakala BN mendapat 3.

“Tidak timbul soal perkauman di sini tetapi atas persefahaman menstabilkan kepentingan rakyat Perak.”

BACA JUGA: Mahathir mahu jadikan UMNO lalat, akhirnya dijadikan lalat oleh Bersatu

Â