Ahli MCA Johor cetus isu kaum, agama antara parti komponen kerajaan
Seorang ahli MCA Johor hangat diperkatakan di media sosial ekoran beberapa hantaran di media sosial yang disifatkan menghina Islam serta mencetuskan isu antara parti komponen kerajaan.
Susulan itu, Naib Ketua PKR Cabang BATU Wilayah Persekutuan, Rozan Azen Mat Rasip membuat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap pemilik akaun Facebook, Law Yiak Kwang.

Beliau berkata, Yiak Kwang yang difahamkan ahli MCA di Pasir Gudang turut dilihat melakukan cubaan merosakkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan integriti Kabinet.
Menurutnya, terkini Yiak Kwang mempertikai pengumuman Kerajaan Malaysia yang prihatin untuk turut serta memberi bantuan membina semula Gaza.
“Law Yiak Kwang berniat mahu mencetuskan provokasi antara kaum dan agama dengan melibatkan dan memburukkan beberapa pimpinan utama DAP sebagai sasaran politik serangan sempit beliau dalam media sosial,” katanya.
Rozan berkata, terdapat lebih daripada 20 hantaran Yiak Kwang di media sosial yang biadap dan keterlaluan termasuklah menggunakan kata-kata kesat.
Terdahulu, sejumlah tangkap layar hantaran di Facebook Law Yiak Kwang mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai apabila antara lain seolah-olah memberi gambaran ‘Melayu gila’.
BACA JUGA Bukan soal kera di hutan disusui, pendirian ‘Iron Lady Malaysia’ mendukacitakan
Â