Penswastaan MAHB tidak melibatkan penjualan aset, Wan Ahmad Fayshal gagal

Setiausaha Agung AMANAH Faiz Fadzil menegaskan penswastaan Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak melibatkan penjualan aset negara kepada pihak asing seperti mana yang digembar gemburkan oleh Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

“Hakikatnya, penswastaan MAHB tidak melibatkan penjualan aset negara kepada orang asing, seperti yang dimomok-momokkan oleh Wan Fayhsal dan PN,” katanya dalam satu kenyataan.

“Perlu diingatkan, kesemua 39 lapangan terbang bawah MAHB tidak pernah dimiliki oleh syarikat tersebut, sebaliknya dimiliki oleh kerajaan Malaysia. MAHB hanyalah diberi kuasa sebagai operator.

“Selepas penswastaan MAHB, ia akan dimiliki oleh GDA yang mana 70% pegangan sahamnya dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Tambahan, kerajaan Malaysia akan memiliki “golden share” dalam MAHB.

“Ini bermaksud sebarang keputusan berkaitan MAHB boleh diveto oleh kerajaan. Justeru, tidak timbul soal penguasaan orang asing sama sekali.”

Faiz turut menasihatkan Wan Ahmad Fayshal agar menghentikan serangannya berkaitan MAHB kerana penswastaan tersebut telah dipersetujui oleh hamper kesemua pemegang saham.

Setelah memperoleh 95.11 peratus saham MAHB, GDA akan menyahsenaraikan MAHB dari Bursa Malaysia.

Hari terakhir saham MAHB akan diperdagangkan ialah pada 19 Februari.

Bursa Malaysia akan menggantung dagangn saham MAHB pada 20 Februari.

GDA atau Gateway Development Alliance merupakan konsortium syarikat yang diterajui oleh Khazanah Nasional.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Abu Dhabi Investment Authority dan Global Infrastructure Partners menganggotai GDA.

BACA JUGA: Zahid ingatkan pemimpin ketepi perbezaan politik dan kaum

Â