Padah tampar isteri di pusat beli belah

Polis hari ini telah menahan lelaki yang menampar isterinya di pusat beli belah di Kota Warisan, Sepang.

Suspek ditahan jam 10 pagi tadi di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan, menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

Penahanan dibuat susulan laporan polis daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video tular di media sosial itu.

“Suspek sudah ditangkap jam 10 pagi tadi… suspek akan ditahan reman esok (Ahad),” katanya, lapor BH.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Menerusi rakaman video yang tular, seorang lelaki menghampiri dan menampar seorang wanita yang berjalan keluar dari pusat beli-belah.

Kejadian di khalayak ramai itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video ‘live’ di media sosial.

BACA JUGA Selepas nahas udara ragut 67 nyawa di Washington, gempar jet eksekutif pula terhempas

Â