Ahli Parlimen benteng perpaduan bukan agen perpecahan, jangan main politik

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan ahli parlimen untuk menghentikan tindakan bermain politik dalam setiap isu kerana ahli parlimen sepatutnya menjadi benteng perpaduan negara bukan agen perpecahan.

“Ini bukan tempat bertegang urat, maki hamun atau tabur fitnah. Ia adalah dewan mulia untuk bahas agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.


“Jadilah benteng perpaduan negara bukan agen perpecahan. Justeru itu hentikan tindakan main politik atas setiap isu.

“Jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri sahaja.”

Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam istiadat pembukaan penggal keempat majlis parlimen kelima belas pagi ini.

Baginda turut menyatakan bahawa ada segelintir kecil yang masih meneruskan tabiat buruk mereka.

“Saya perhati dalam sidang dewan tahun lepas. (Sikap) Ahli telah berubah dan lebih sopan.

“Namun begitu ada segelintir yang sukar buang tabiat lama. Tak perlu saya senaraikan perangai buruk itu.

“Setiap ahli sedar dan tahu jaga tingkah laku,” titah baginda.

Sesi Dewan Rakyat yang dibuka baginda pada hari ini akan berterusan sehingga 6 Mac 2025.

BACA JUGA: Kemuka permohonan pengampunan, Agong miliki kuasa prerogatif

Â