Pertahankan kedaulatan, kepentingan negara walau seketul batu di tengah lautan

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan untuk mengekalkan hak kedaulatan dan kepentingan negara walaupun ia seketul batu karang di tengah lautan.

“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terus kekal terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan,” titah Seri Paduka Baginda pagi ini.

Justeru itu baginda menasihatkan kerajaan agar bijak dalam mengekalkan hubungan dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu sempadan negara dan serantau.

Baginda turut menitahkan Malaysia kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.

“Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan dan keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan.”

Baginda turut menitahkan kerajaan menunjukkan keupayaannya dalam memimpin dan menentukan hala tuju memandangkan Malaysia kini Pengerusi ASEAN.

BACA JUGA: Subsidi bersasar: Pastikan pengagihan lebih cekap dan untuk golongan yang benar-benar layak, titah Agong

Â