Subsidi bersasar: Pastikan pengagihan lebih cekap dan untuk golongan yang benar-benar layak, titah Agong
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memuji pendekatan kerajaan yang memperkenalkan subsidi bersasar dan mahukan ia diagihkan dengan lebih cekap dan berkesan kepada mereka yang benar-benar layak sahaja.
“Saya menyambut baik pendekatan subsidi bersasar yang telah berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.
Namun saya menggesa agar subsidi bersasar tersebut diagihkan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan yang benar-benar layak sahaja.
Baginda turut kerajaan mengukuhkan infrastruktur, ekonomi digital dan keselamatan siber segera.
“Pengukuhan infrastruktur dan ekonomi digital, peningkatan keselamatan siber serta penggunaan teknologi terkini hendaklah dilaksanakan segera.
“Sistem perkhidmatan kerajaan juga hendaklah dinaiktaraf menggunakan teknologi digital yang lebih cekap dan telus.
“Ini bagi membanteras amalan rasuah dan salahguna kuasa serta budaya red tape yang menyusahkan urusan rakyat.”
Baginda turut mengingatkan masyarakat agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.
“Suka saya ingatkan kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dalam talian atau scammer dan pencurian identiti.”
Kerajaan turut diingatkan agar tegas membendung budaya fitnah dan hasutan dalam talian dan media sosial.
BACA JUGA: Ahli Parlimen benteng perpaduan bukan agen perpecahan, jangan main politik
Â