Rosmah Mansor masih isteri sah Najib Razak

Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau masih lagi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau dalam hantaran di Facebook menafikan dakwaan dirinya adalah bekas isteri Najib.

Rosmah memuat naik tangkap layar laman FB palsu yang menggunakan namanya dan tertulis “akaun rasmi Cik Rosmah binti Mansor, bekas isteri En Datuk Najib Razak”.

“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook Rosmah Binti Mansor ini bukanlah akaun tulen saya.

“Dan saya adalah dan masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya

Beliau juga memaklumkan hanya menggunakan satu akaun Facebook sahaja dan satu akaun TikTok.

BACA JUGA Bas Madani mula beroperasi di Terengganu hasil usaha Anthony Loke

Â