MP Pas sembang pasal tungku kawah

Ahli Parlimen Alor Setar dari Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan empat tonggak utama dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini ibarat empat tungku kawah.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kesemua empat tonggak utama tersebut iaitu Yang di-Pertuan Agong, Badan Eksekutif, Badan Perundangan, dan Badan Kehakiman dapat duduk bersama pada hari pembukaan sidang Parlimen semalam.

Afnan Hamimi Taib Azamudden

Beliau yang juga anak kepada bekas Imam Masjid Negara, Taib Azamudden Md Taib berpendapat “satu sen pun tak berguna’ jika kawah tertiarap akibat patahnya tungku.

“Kuat empat tungku ini, tak terbalik kawah di atasnya, dapat memberi manfaat pada ramai orang.

“Sebaliknya, jika patah satu tungku, sengetlah kawah, tumpahlah kuah.

“Jika satu tungku patah, ada lagi tiga lagi tungku boleh tanggung beban.

“Tetapi kalau satu daripada tiga tungku itu pun patah, terbalik tertiaraplah kawah habis semua kuah.

“Semua jatuh ke tanah. Satu sen pun tak berguna,” katanya menerusi hantaran di Facebook berserta gambar kawah di atas tungku di akhir perkongsian 25 foto wakil rakyat pembangkang.

Ketua Pemuda Pas itu menganggap topik berkenaan tungku kawah itu sebagai antara 12 fakta tentang pembukaan sidang Parlimen semalam.

BACA JUGA Isu beras tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini

Â