Dah terang pembersihan etnik, sebelah Trump pun tersenyum jahat

Oleh KHAIRUL AZRI

SEMUA.

Wartawan: Apakah rakyat Kanaan punya hak untuk kembali ke sana jika mereka keluar ketika proses pembangunan semula nanti?

Trump: Ianya menjadi harapan saya kita boleh buat atau gantikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka supaya mereka TIDAK KEMBALI.

“TAPI ITU RUMAH MEREKA TUAN PRESIDEN!”(seorang wartawan menjerit)

Trump: Kenapa mereka nak balik ke tempat yang macam neraka? Tempat yang paling teruk, paling susah nak hidup di dunia sekarang ni? Aku dah tengok gambar gambar semua, tak ada orang boleh hidup atau tinggal di sana lagi.

Jadi, kalau kami boleh binakan mereka tempat baru dengan duit yang banyak (ditaja orang lain) tak semestinya Jordan, Mesir, dan tak perlu satu tempat.

Boleh banyak tempat, 4, 5, 6 tak mestinya satu tempat, kita buat di tempat yang cantik, macam sebuah pekan yang cantik di mana mereka boleh duduk di sana sampai bila-bila, sebab kalau mereka balik ke sana..

Mereka pasti akan MATI!

Pendirian Trump mahu memindahkan semua penduduk Gaza yang baru saja menarik nafas lega lantaran gencatan senjata jelas merupakan pembersihan etnik.

Ia dah berlaku banyak kali dan ia akan berulang kembali. Ulang dan ulang berdekad-dekad.

Tidak ada siapa yang nak kembali, mereka hanya telah mengalami kematian dan kemusnahan.

Wartawan: Anda bercakap mengenai berapa orang ni yang nak dipindahkan?

Trump: SEMUA. 1.7 hingga 1.8 juta orang di mana mereka boleh hidup di tempat yang lebih baik dan tidak risau untuk mati setiap hari.

SEMUA.

Di atas adalah antara ‘highlight’ temubual pasca pertemuan Trump dan Setankayu awal pagi tadi waktu Malaysia.

Bila kau dengar dan tengok macam nak kena tampar pipi, betul ke dia boleh cakap macamni?

Dia sebut kenapa mereka nak balik?
Tempat yang macam neraka?
Tempat yang pasti akan mati?

Dan dia bercakap pula di sebelah orang (orang ke?) yang bertanggungjawab menjadikan tanah itu seolah-olah neraka yang macam dia sebut? Siap tersenyum macam setan!

Kita duduk dalam dunia gila dan zaman edan apa ni?

Tak boleh nak fikir.

Hal ini sejelas-jelasnya, seterang-terangnya sebuah penghapusan etnik. Bila mana dia sebut SEMUA mesti ditempatkan semula secara kekal.

Mana-mana media, negara hatta manusia yang ada hati perut sekiranya tidak nampak ini sebagai pembersihan etnik adalah suatu yang sangat mengecewakan.

@bbcnews

US President Donald Trump said the US could “take over” Gaza during a joint news conference with Israel’s Prime Minister Benjamin Netanyahu at the White House. #DonaldTrump #USPolitics #Israel #MiddleEast #Netanyahu #BreakingNews #WorldNews #WhiteHouse #WashingtonDC #BBCNews

♬ original sound – BBC News – BBC News

BACA JUGA ‘Menggelupur’ tengok Agong semeja santap dengan PM, ‘kan dah kena denda RM4,000

Â