Kerusi-kerusi sasaran dan keyakinan AMANAH di Kelantan
AMANAH menyasarkan, antara lain, kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri yang terletak di kawasan parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian, dedah setiausaha agung parti Faiz Fadzil.
Ini bermakna Tanjong Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Salor, Pasir Tumboh dan Demit merupakan antara kerusi-kerusi sasaran di dalam pilihan raya negeri akan dating.
Beliau berkata keyakinan AMANAH untuk memenangi kerusi-kerusi di Kelantan adalah berdasarkan pelbagai faktor.
“Ada perubahan ketara di Kelantan. Terdapat desakan dari kalangan anak muda.
“Kemenangan di Nenggiri menunjukkan Nenggiri bukan lagi fixed deposit PN.
“Kita yakin isu tatakelola ketiadaan peluang kerja dan ekonomi akan buat rakyat sedar.
“Pas gagal meskipun memerintah selama 30 tahun tetapi tiada pembangunan untuk rakyat,” kata Faiz.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu dalam konvensyen AMANAH baru-baru ini.
Mohamad yakin AMANAH boleh memenangi belasan kerusi DUN di Kelantan dalam siri pilihan raya akan dating.
Para penganalisa politik pula yakin AMANAH boleh berbuat demikian berdasarkan kepada kerjasama di antara BN dan PH.
AMANAH ialah komponen parti PH.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan AMANAH mahu bertanding di lapan DUN di dalam pilihan raya negeri Sabah.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut masih dirunding dan belum diputuskan.
BACA JUGA: AI di dalam sektor perikanan? Ini penjelasan LKIM
Â