MP Pas 11 anak gelar ‘arwah’ untuk “hero Malaya”
Tergamak seorang wakil rakyat Pas yang difahamkan mempunyai 11 anak menggunakan perkataan ‘arwah’ merujuk kepada apa yang dipanggilnya sebagai “seorang hero di Malaya”.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab itu berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dia yang juga Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang kononnya memetik kata-kata netizen yang mempersoal janji menurunkan harga minyak dan tarif elektrik serta mengurangkan kos sara hidup.
“Tapi sayang, beliau sekarang sudah tiada. Netizen mengatakan jika arwah masih ada pasti rakyat Malaysia tidak susah seperti sekarang ini.
“Tapi yang menariknya suara beliau pasti berkumandang dalam media sosial jika kerajaan menaikkan apa-apa harg yang menekan rakyat,” kata Fawwaz di Dewan Rakyat.
Susulan penggunaan kata ‘arwah’ itu, Dewan Rakyat riuh apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah.
Semakan mendapati Fawwaz, 42, yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang mempunyai 11 anak hasil perkahwinannya dengan dua isteri.
BACA JUGA Pertandingan menangis bukti nak mundur pilih Pas
Â