Pertandingan menangis bukti nak mundur pilih Pas
Warganet mengecam dan menyindir susulan tularnya rakaman suasana pertandingan menangis di Kelantan termasuk berpendapat nak mundur pilih Pas.
Pertandingan memalukan itu berlaku dalam Expo Kelate Event di Pantai Irama Bachok baru-baru ini.
Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, terdapat sekurang-kurangnya sembilan peserta termasuk dua lelaki muda.
Beberapa peserta dilihat menangis di atas pentas dengan mimik wajah yang bersungguh-sungguh memaksa mengeluarkan air mata masing-masing sekaligus mengundang rasa pelik netizen.
Difahamkan, juara pertandingan yang mengaibkan diri itu membawa wang tunai sebanyak RM500.
Rata-rata mengecam idea bebal pertandingan sia-sia itu yang belum pernah lagi diadakan di negeri-negeri lain.
“Inilah kepandaian negeri lebai. Mungkin ini latihan senario kepada walaun dan walauntit apabila kalah PRU16 nanti.
“Nak menangis, undi Pas.
“Apa hukum anjur pertandingan menangis? Harus bagi walaun,” demikian antara kata warga maya.
Dalam masa sama, ada juga yang ‘terhibur’ dengan menyifatkan apa saja perkara pelik lazimnya berlaku di negeri yang dikuasai Pas itu.
BACA JUGA Ini sebenarnya status tiga selebriti yang dipanggil SPRM esok
Â