Heboh ‘geng Am kentang goreng minyak’ hilang dalam hutan Bandung dah ditemui
Selepas tiga hari dikatakan hilang dalam hutan di Bandung, Indonesia, seorang gadis yang difahamkan ‘geng Am kentang goreng minyak’ selamat ditemui kira 10 malam tadi.
Penemuan pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka, 22, itu dihebahkan menerusi penstriman langsung di TikTok @Arasz.
Kelihatan gadis berkenaan terbaring di kawasan hutan dalam keadaan lemah gara-gara sebelum ini sakan melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Terdahulu, rakannya, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, memberitahu dia menyedari kehilangan Eyka pada 2 pagi, 3 Februari lalu.
Ammar atau Am yang sebelum ini tular videonya menjamah kentang goreng berminyak memberitahu hanya tujuh orang daripada lebih 20 peserta rombongan aktiviti paranormal masuk ke dalam hutan itu termasuk Eyka.
“Hanya dia seorang wanita yang masuk ke dalam hutan dan dia juga sedang datang bulan ketika itu,” kata Am memetik Mstar.
Rata-rata berpendapat kehilangan itu dirancang demi ‘content’ untuk menaikkan ‘views’ selain ada juga meluahkan rasa bersyukur jika Eyka benar-benar hilang dan selamat dijumpai.
“Tahan betul make up dia tiga hari. Guna Jotun ke?
“Dengar cerita orang bunian return balik sebab dia demand macam-macam.
“Alhamdulillah… syukur. Berita gembira. Ni kalau tak jumpa, sampai kiamatlah rakyat sana dikentang-kantingkan oleh Am,” demikian antara komentar berbaur sindiran daripada warganet.
BACA JUGA Pertandingan menangis bukti nak mundur pilih Pas
Â