Isu serantau, antarabangsa mendominasi sesi MQT

Isu serantau dan antarabangsa mendominasi sesi pertanyaan menteri (MQT) hari ini.

Soalan pertama daripada Dato Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) adalah berkenaan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu ASEAN dari aspek politik -keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya dan peranan Malaysia dalam pemberian keanggotaan penuh Timor -Leste dalam ASEAN.

Soalan ini ditujukan kepada Menteri Luar Negeri.

Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pula menyoal Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri berkenaan langkah kerajaan menangani isu geopolitik dan ketidaktentuan perdagangan dunia, khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan memberi kesan kepada eksport Malaysia ke Amerika Syarikat yang melibatkan sektor strategik seperti elektronik dan semikonduktor.

Sesi jawab lisan pula menyaksikan Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta Menteri Kewangan berkenaan jumlah keuntungan syarikat insurans nyawa sejak 2018 dan penyelesaian kepada kontroversi kenaikan premium insurans perubatan setinggi 70%.

Perbahasan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bersambung hari ini.

Tiada RUU untuk bacaan kali pertama setakat ini.

RUU Mufti yang tidak sempat dibentang dalam sesi lepas akan dibentang dalam sesi ini.

RUU Majlis Media juga akan dibentang dalam sesi ini.

BACA JUGA: MP Pas 11 anak gelar ‘arwah’ untuk “hero Malaya”