Ketika mengulang rasa sedih, Tun M dicabar derma RM3 bilion agih kepada Melayu
Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa sedih berulang kali mengenai sebuah parti yang sekarang dianggapnya “sudah jadi parti yang rela meletak diri di bawah parti lain”.
Tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, bekas Perdana Menteri dua kali itu berkata, parti tersebut dulunya ditubuhkan untuk menolak percubaan British merampas negeri-negeri Melayu seterusnya memerdekakan Tanah Melayu.
“Yang diutamakan oleh wakil orang Melayu ialah kedudukan mereka. Apa akan jadi kepada Tanah Melayu, apa akan jadi kepada anak cucu tidak penting. Yang penting ialah layanan diri,” katanya menerusi laman X hari ini.
Untuk rekod, Mahathir kembali bersuara di X selepas memperoleh kembali akaun media sosialnya itu daripada pihak penggodam.
Meluahkan rasa hatinya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa pihak berkaitan tidak sanggup pun untuk mendengar masalah tanpa menghuraikan masalah yang dimaksudkan.
“Bukan nak rampas hak orang. Hanya mempertahan hak kita. Tak. Pedulikan.
“Nak dengar masalah pun tak sanggup. Ini bukan wakil rakyat. Ini wakil ketamakan diri.
“Pedulikan kesedihan. Syok sendiri,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menempelak dan menyindir individu yang bakal mencecah 100 tahun pada 10 Julai nanti.
Ada yang secara sinis berkongsikan foto dan sedutan video membabitkan cucu Mahathir sempena sambutan Hari Krismas yang tular sebelum ini.
“Sedih. Apa dah jadi dengan cucu-cucu sekarang?” kata pengguna akaun X, @AqimNizar.
Dalam masa sama, terdapat warga maya meninggalkan komentar dengan menyebut duit berbilion yang disorok.
“Saya lagi sedih bila RM3 bilion saya sorok, 1.6 bilion dah jumpa kat anak-anak saya! Tapi saya gembira sebab mereka pandai berniagalah mereka berjaya buat RM1.6 bilion, tak macam anak orang lain,” tempelak @IvarCripple pula.
Selain itu, pemilik akaun X, @oknprime mencabar Mahathir untuk melakukan sumbangan sebanyak RM3 billion kepada orang Melayu yang berpendapatan rendah.
“Tanya betul… Tun betul-betul nak selamatkan orang Melayu atau pun main politik lagi?… Saya sokong penuh selamatkan Melayu. Dermakanlah RM3 bilion agih kepada masyarakat Melayu yang susah,” ujarnya.
Bulan lalu, tular video gelagat Mahathir kononnya mencari wang yang didakwa dimilikinya berjumlah RM3 bilion di merata tempat termasuk di belakang televisyen.
Malah, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berpendapat wang yang dicari itu mungkin ada di Switzerland.
“Kita pergi Switzerland, bank di Switzerland barangkali ada (wang) di situ.
“Jom kita pergi,” ajak bekas pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu lagi kepada perakam video.
BACA JUGA MP Pas nak burukkan kerajaan Madani tapi ‘kantoi’ PN yang kenakan cukai ini