Nahas helikopter di Bentong: Jurutera maut

Seorang jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia dalam nahas membabitkan
sebuah helikopter pengangkut jenis Bell 206L-4 Long Ranger yang terbakar ketika mendarat di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong di Pahang.

Memetik BH, tragedi itu berlaku berdekatan kawasan kolam air panas ketika helikopter terbabit digunakan untuk kerja mengangkat bagi tujuan pemasangan kabel.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilapor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah helikopter pengangkut yang musnah terbakar 100 peratus ketika berada di darat.

“Seorang mangsa iaitu jurutera warga Indonesia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) disyaki terkena bilah kipas, manakala juruterbang selamat.

“Kebakaran berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 11.06 pagi dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

BACA JUGA ‘Menggelupur’ tengok Agong semeja santap dengan PM, ‘kan dah kena denda RM4,000

Â