41 nelayan Pulau Pangkor terima insentif peralatan tangkap ikan, jeti baharu
Sejumlah 41 nelayan di Pulau Pangkor telah memperoleh insentif bantuan peralatan penangkapan ikan dalam bentuk enjin sangkut, tong ikan (fibre) dan pukat daripada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
“Nelayan akan lebih proaktif dalam usaha memodenkan teknik penangkapan ikan dengan menguasai teknologi perikanan terkini.
“Bantuan ini bertujuan membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi nelayan,” kata pengerusi LKIM Faiz Fadzil.
Penyerahan bantuan yang bernilai RM49,000 ini adalah bertujuan membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan bagi meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup mereka.
Selain itu, bantuan ini juga bagi meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan.
Bantuan tersebut telah diberikan oleh pengerusi LKIM Faiz Fadzil sempena Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama nelayan Pulau Pangkor di Jeti LKIM Kampung Sungai Besar.
Jeti baharu tersebut dibina dengan kos sebanyak RM680,810 dan telah dirasmikan oleh Faiz.
BACA JUGA: Usaha LKIM dalam memastikan bekalan ikan berterusan
Â