Berapa jumlah SST yang dikutip tahun lepas? Ini jawapan Kementerian Kewangan

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan kutipan hasil cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) bagi tahun 2024 dianggarkan sebanyak RM44.7 billion.

“Jumlah ini akan dimuktamadkan dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2024 kelak.

“Amaun ini adalah lebih tinggi berbanding dengan sasaran kutipan SST sebanyak RM41.3 bilion.”

Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Chong Zhemin (PH-Kampar).

Cukai jualan 5-10% untuk barangan bukan keperluan asas

Soalan berkenaan perkara sama turut dibangkitkan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

“Kerajaan akan mencadangkan penetapan kadar cukai jualan pada 0% dikekalkan ke atas barangan keperluan asas manakala kadar pada 5% dan 10% akan diperluas kepada barangan bukan keperluan asas, diproses, bernilai tinggi serta barangan diimport.

“Penetapan cukai perkhidmatan pula melibatkan kadar yang dicadangkan sebanyak 6% dan 8% untuk diperluas kepada sektor perkhidmatan tertentu.”

“Meskipun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil negara, Kerajaan akan terus mengimbangi hasrat ini dengan mengambil kira input dan keperluan untuk melindungi rakyat, industri dan peniaga termasuklah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

BACA JUGA: SST terbukti bukan penyebab harga barang naik, ini jumlah kutipan SST vs GST

Â