Dasar perlu ambil kira aspek perpaduan nasional, peroleh kelulusan Kabinet dahulu

Jemaah menteri telah menolak cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Naim Mokhtar.

Naim bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah mengeluarkan kenyataan bersama, menjelaskan perkara tersebut.

“JAKIM boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.

Ia turut mengingatkan setiap dasar yang dirangka perlu mendapatkan kelulusan kabinet terlebih dahulu.

“Jemaah Menteri juga mengingatkan bahawa setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.”

Garis panduan tersebut yang didedahkan menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat menimbulkan kontroversi kerana mensyaratkan perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti masyarakat bukan Islam.

“Segala perkara berkait rapat dengan keharmonian antara penganut agama akan dibincangkan secara lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dipengerusikan bersama.”

Mesyuarat JK Harmoni pertama melibatkan 24 wakil penganut agama akan diadakan bulan ini.

BACA JUGA: Sewa bazar Ramadan di KL pun RM500 je, hebat lagi Kelantan RM1,300

Â