PM Anwar sahkan tiada keperluan garis panduan baru

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan tiada keperluan untuk garis panduan baru khusus untuk umat Islam yang menyertai acara di rumah ibadat bukan Islam.

Ini kerana umat Islam Malaysia mengetahui batas yang perlu dijaga ketika menghadiri acara sebegitu.

“Saya berpendapat tidak perlu kerana orang Islam tahu garis dia.

“Macam saya datang hari ini (ke acara di Batu Caves), saya bukan masuk ke upacara agama. (Menteri Digital Gobind (Singh Deo) sering melawat masjid di kawasan dia, tapi dia tidak ke upcara agama.

“Kita (sudah) biasa. Jadi jangan rumitkan, jangan timbulkan kerisauan dalam masyarakat. Saya ingin tegaskan, ini keputusan muktamad jemaah menteri pagi tadi,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri acara di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves menjelang perayaan Thaipusam pada 11 Feb ini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan perincian perbincangan kabinet berhubung perkara tersebut.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan bersama berkata garis panduan tersebut bukan dasar.

Garis panduan yang diumumkan menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat mengundang kecaman dari beberapa parti politik dan masyarakat bukan Islam.

BACA JUGA: Dasar perlu ambil kira aspek perpaduan nasional, peroleh kelulusan Kabinet dahulu

Â