Siapa duta Amerika Syarikat seterusnya? Seorang bekas timbalan menteri mengulas
Dalam konteks hubungan luar Malaysia, Amerika Syarikat turut memainkan peranan penting terutamanya kerana ia merupakan antara rakan dagang utama.
Menyedari perkara tersebut seorang bekas timbalan menteri telah menyenaraikan ciri-ciri bakal duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
“Terdapat petanda bahawa (Duta Malaysia Amerika Syarikat) Datuk Seri Nazri Aziz akan digantikan,” kata Dr Ong Kian Ming di laman Facebook.
“Penggantinya perlu mempunyai kualiti berikut:
a) Akses langsung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan hubungan dua hala memberi syor berkenaan kaedah libat urus dengan presiden Trump, cabinet dan kongres Amerika.
b) Akses kepada menteri-menteri kanan dalam kabinet (Kewangan, Perdagangan dan Industri, Pengangkutan, Luar, Tenaga) untuk mengesyorkan pendirian dasar strategik.
c) Kebolehan untuk berinteraksi secara terbuka dan secara persendirian dengan pemegang taruh di dalam struktur kuasa Amerika Syarikat (termasuk media sosial).
Ong turut menyenaraikan lima nama yang memenuhi kriteria di atas:
(i) Datuk Dr Mohd Faiz Abdullah, pengerusi Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Malaysia. Beliau kini banyak membantu Perdana Menteri dalam isu dasar luar termasuk ucapan yang diberikan oleh PMX di luar negara.
(ii) Nurul Izzah Anwar, anak PMX dan bekas ahli parlimen.
(iii) Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Status beliau sebagai senator akan tamat penghujung tahun ini. Beliau dipercayai dan berkebolehan dalam bidang ekonomi dan diplomatik.
(iv) Mohd Yusmadi Yusoff, pemimpin PKR yang merupakan orang kanan Anwar, bekas MP dan bekas Senator.
(v) Tan Sri Nazir Razak, bekas pengerusi CIMB, tokoh korporat dan dikenali oleh kebanyakan anggota Jemaah Menteri.
Dalam perkembangan berkaitan Nazri mengesahkan kontraknya sebagai duta tamat pada 8 Feb dan beliau akan kembali ke tanah air pada 14 Feb.
BACA JUGA: Tengku Zafrul permudahkan walaun faham apa yang kita dapat dari pelaburan
Â