Solidariti dalam pembangunan Gaza ialah jihad penyatuan ummah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru umat Islam agar bersolidariti menerusi program pembangunan Gaza yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia merupakan jihad ke arah penyatuan ummah.

“Seluruh umat Islam dianjurkan dan digalakkan turut bersama bersolidariti menerusi
program pembangunan Gaza ini sebagai satu bentuk penterjemahan semangat
persaudaraan dan kesatuan ummah Islamiyah.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menyelaraskan secara teratur dan bertanggungjawab sumbangan oleh umat Islam di negara ini demi menjayakan aspirasi kerajaan menerusi program yang amat mulia ini.”

Kerajaan bercadang membina sekolah, hospital dan masjid di Gaza ekoran krisis kemanusiaan yang berlaku di sana dengan kerjasama kerajaan Jepun.

Dalam menekankan keperluan bersolidariti ini, Jakim mengingatkan umat Islam bahawa umat Islam bersaudara maka mereka perlu sentiasa peka peduli dan menolongan sesame Muslim berdasarkan semangat ukhwah.

Umat Islam juga diseru berganding bahu dan berkerjasama dalam meringankan beban
kehidupan yang sedang ditanggung oleh umat Islam di Gaza.

Jakim menegaskan bahawa iltizam membangunkan semula Gaza ialah satu “jihad penyatuan ummah.”

BACA JUGA: Siapa duta Amerika Syarikat seterusnya? Seorang bekas timbalan menteri mengulas

Â