Tanpa rasa malu Pas guna hotel milik YTL Group yang difitnah sebelum ini

Pas tanpa rasa malu menggunakan hotel milik YTL Group setelah menghamburkan fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hantaran Facebook Grater Terengganu Development menunjukkan mesyuarat exco kerajaan Terengganu telah diadakan di Hotel Majestic pada minggu ini.

Hotel ini milik YTL berdekatan dengan KL Sentral.

Turut disertakan ialah gambar keseluruhan exco kerajaan Terengganu yang dikuasai oleh Pas.

Bulan lalu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap Ketua Pembangkang negeri menabur fitnah dengan mendakwa Hannah Yeoh ialah anak pengasas YTL Group, Teoh Tiong Lay.

Razman turut memfitnah Kerajaan Perpaduan Perak di dalam ceramah tersebut dan kemudiannya meminta maaf kepada Yeoh selepas dihujani kecaman orang ramai.

BACA JUGA:41 nelayan Pulau Pangkor terima insentif peralatan tangkap ikan, jeti baharu

Â