Bekas PM Israel pun tolak cadangan Trump untuk ambil alih Gaza

Penentangan terhadap cadangan Trump bukan hanya datang dari seluruh dunia malahan dari Israel sendiri.

Bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert menolak cadangan Trump dalam rancangan World News America di BBC.

“Saya dengar Amerika mengharapkan Israel menyerahkan Gaza kepada mereka. Kami tidak boleh melakukannya kerana kami tidak memilikinya: Gaza bukan milik kami (Israel). Gaza milik Palestin,”kata Ehud Olmert.

Olmert merupakan bekas ahli Parti Likud yang kini dipimpin Benjamin Netanyahu selama tiga dekad.

Beliau keluar dari Likud pada tahun 2006.

Trump mencadangkan agar penduduk Gaza dipindahkan secara paksa dan Gaza dibangunkan sebagai pusat pelancongan, Riviera of the East.

BACA JUGA: Trump bagaikan pemaju hartanah genosid

Â